Siaran Media Malaysia Tuan Rumah Persidangan Agung Antara Parlimen Ke-46: Parlimen Menerajui Asean Terangkum Dan Mampan
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 



   SIARAN MEDIA  

MALAYSIA TUAN RUMAH PERSIDANGAN AGUNG ANTARA PARLIMEN KE-46: PARLIMEN MENERAJUI ASEAN TERANGKUM DAN MAMPAN

 

KUALA LUMPUR, 12 September – Tahun 2025 melakar sejarah peranan istimewa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di peringkat eksekutif, manakala di peringkat legislatif, Parlimen Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN ke-46 (46th General Assembly of the ASEAN Inter- Parliamentary Assembly (AIPA GA)) dari 16 hingga 22 September 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

 

Dengan tema “Parlimen Menerajui Pembangunan Terangkum dan Mampan ASEAN”, persidangan ini menghimpunkan speaker-speaker dan ahli-ahli Parlimen dari 9 parlimen anggota AIPA, 15 parlimen pemerhati, 6 rakan pembangunan dan 5 negara tetamu. Sidang kali ini menjadi wadah penting untuk membincangkan isu-isu serantau tentang keterangkuman sosial, kelestarian alam sekitar, keselamatan makanan, transformasi digital dan pengukuhan demokrasi.

 

Kepimpinan berganda Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan Presiden AIPA ini menzahirkan kerjasama cabang eksekutif (ASEAN) dan legislatif (AIPA) ke arah matlamat bersama seiring aspirasi ASEAN Vision 2045: Our Shared Future dan tema ASEAN 2025: “Terangkum dan Mampan”. Pendekatan ini menegaskan bahawa diplomasi parlimen bukan usaha yang terasing, sebaliknya satu komponen signifikan ke arah mencari penyelesaian baharu untuk kemakmuran dan keamanan serantau.

 

Tumpuan Malaysia Sempena AIPA 2025

Sebagai Presiden AIPA, Malaysia memberi tumpuan khusus kepada lima bidang utama:

  1. Keterjaminan Makanan – memastikan bekalan stabil dan harga terkawal demi kesejahteraan rakyat ASEAN.
  2. Perubahan Iklim: memperkukuh tindakan kolektif melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang.
  3. Transformasi Digital: mempercepat integrasi teknologi bagi meningkatkan daya saing dan kesalinghubungan serantau.
  4. Pembangunan Ekonomi Terangkum: memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
  5. Keterangkuman Sosial: memperkasa pelibatan kepimpinan wanita dan belia

 

Forum dan Pameran Now & Future: Wahana Dialog Perniagaan dan Pembuat Dasar

Now & Future 2025 ialah forum dan pameran yang dianjurkan oleh Parlimen Malaysia sempena AIPA GA ke-46 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang bertujuan menghubungkan sektor swasta dengan pembuat dasar ASEAN. Ini merupakan program pertama seumpamanya yang mempertemukan sektor perniagaan dengan penggubal dasar dalam kerangka AIPA. Forum dan pameran ini menampilkan pemimpin parlimen, menteri, sektor korporat serta agensi pembangunan bagi membincangkan isu masa depan ekonomi, kemampanan, digitalisasi dan keterangkuman sosial. Acara ini menegaskan pendekatan Malaysia sebagai Presiden AIPA dan Pengerusi ASEAN 2025 di samping melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai gerbang pembangunan ekonomi dan sosial serantau.

 

Program-program Utama

TARIKH

PROGRAM

17 September 2025 (Rabu)

  • The 4th AIPA-ASEAN Hearing
  • 2nd    WAIPA    Women   Political    Leaders Forum
  • Youth        Parliamentarians        of        AIPA

Roundtable Discussion: Youth in Action

18 September 2025
 (Khamis)

  • Majlis Perasmian AIPA GA ke-46 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia
  • Sesi Plenari Pertama

                      19 September 2025 
                (Jumaat)

  • Sesi Dialog bersama Parlimen Pemerhati

20 September 2025 (Sabtu)

  • Sesi Plenari Kedua
  • Majlis Penutup AIPA GA ke-46

                     21 September 2025

                      (Ahad)

  • 5th Model AIPA (Perhimpunan Parlimen

Belia AIPA ke-5)

            17 hingga 20 September

2025

  • Forum dan Pameran Now & Future 2025

sempena AIPA GA ke-46

 

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

 

 

 

 


 


Kemaskini terakhir pada: 12 September 2025 | Hits: 897

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.051 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my