PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
SIARAN MEDIA
PERBINCANGAN DENGAN DUTA MESIR KE MALAYSIA MENGENAI ISU LINTASAN RAFAH-GAZA
Saya ingin menzahirkan rasa dukacita dan sedih saya mengenai pemergian tragis tiga anak lelaki dan empat cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara di Gaza. Saya berdoa agar keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi ujian yang amat berat ini.
Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang diterbitkan baru-baru ini berkenaan perbincangan antarasaya dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia berhubung lintasan Rafah-Gaza. Sebagai makluman, tiada sebarang perbincangan atau libat urus yang telah dilakukan mengenai perkara itu.
Dalam kenyataan saya pada hari ini, bertarikh 11 April 2024, kenyataan saya itu telah dilakukan untuk memberi maksud bahawa sementara sempadan Mesir masih dibuka untuk menerima bantuan, bahagian lain sempadan tersebut masih perlu dilonggarkan.
Saya berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan sebarang kekeliruan mengenai perkara ini.
11 APRIL 2024
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Pn. Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462
Kemaskini terakhir pada: 15 April 2024 | Hits: 909