![]() PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
SIARAN MEDIA
PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT 2025
KUALA LUMPUR, 23 MEI--Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Majlis bahawa Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas bagi Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Isnin, 23 Jun hingga Khamis, 31 Julai 2025 diubah ke Isnin, 21 Julai hingga Khamis, 28 Ogos 2025. Pemakluman ini adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Perubahan takwim ini adalah bagi membolehkan Kerajaan memuktamadkan unjuran pertumbuhan ekonomi dengan mengambil kira tarif timbal balas Amerika Syarikat sebagai input kepada penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13.
Tahun 2025 merupakan tahun yang penuh dengan komitmen bagi semua Ahli Yang Berhormat, bukan sahaja dari segi urusan Parlimen di peringkat dalam negeri, malah melalui penglibatan langsung dalam pelbagai persidangan serantau termasuk Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA). Berikut adalah senarai persidangan yang berlangsung sepanjang tahun 2025:
|
TARIKH |
PERSIDANGAN |
|
3 Februari – 6 Mac 2025 |
Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat |
|
21 – 24 April 2025 |
The 4th Meeting of the Coordinating Committee of Women Parliamentarians of AIPA (WAIPA) |
|
5 Mei 2025 |
Sidang Khas |
|
5 – 8 Mei 2025 |
The 2nd Consultative Meeting of Young Parliamentarians of ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (YPA) |
|
TARIKH |
PERSIDANGAN |
|
24 – 27 Mei 2025 |
The 14th ASEAN-AIPA Leaders' Interface During The 46th ASEAN Summit And Related Meetings |
|
9 – 12 Jun 2025 |
The 8th Meeting of AIPA Advisory Council on Dangerous Drugs (AIPA-COOD) |
|
21 Julai – 28 Ogos 2025 |
Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat |
|
17 – 22 September 2025 |
Perhimpunan Agung AIPA |
|
6 Oktober – 4 Disember 2025 |
Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat |
|
19 – 22 Disember 2025 |
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen & DUN Se- Malaysia |
|
Mesyuarat-mesyuarat yang berlangsung sepanjang tempoh penangguhan sidang Dewan Rakyat |
|
Tahun ini juga menyaksikan peningkatan jumlah hari persidangan Dewan Rakyat kepada 78 hari, berbanding 69 hari pada tahun 2024 — membuktikan kesungguhan Parlimen Malaysia untuk memperkukuh proses demokrasi berparlimen.
Parlimen Malaysia kekal bersifat bebas daripada sebarang kecenderungan politik dan sentiasa menjunjung kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan utama. Perubahan tarikh ini mencerminkan usaha menjayakan kepimpinan Malaysia di peringkat ASEAN serta memastikan kelancaran persidangan yang akan datang, termasuk penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Parlimen Malaysia kekal komited untuk mendukung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keterlibatan rakyat dalam setiap aspek tadbir urus.
PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 23 Mei 2025 | Hits: 2017
www.parlimen.gov.my