Siaran Media Sistem E-hantar Reformasi Kelancaran Urusan Perjalanan Dewan Rakyat
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

SISTEM EHANTAR REFORMASI KELANCARAN URUSAN PERJALANAN DEWAN RAKYAT

 

Kuala Lumpur, 27 Januari 2024— Sistem eHantar merupakan salah satu usaha terkini Parlimen Malaysia untuk mendigitalkan urusan dewan serta meningkatkan mutu perbahasan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Perkara ini telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang hadir ke Parlimen pada hari ini.

Melalui sistem ini,
pertanyaan bagi jawab lisan dan bukan lisan, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), serta usul Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17 boleh dihantar melalui sistem eHantar.
“Saya menyeru agar Ahli-Ahli Yang Berhormat memanfaatkan sepenuhnya sistem eHantar yang dibangunkan ini, terutamanya menjelang bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga yang akan bermula pada 26 Februari kelak,” ucap Yang di- Pertua Rakyat.


Dalam jangka masa terdekat, Ahli-ahli Parlimen malah orang awam juga akan dapat mengakses lebih banyak ciri laman web Parlimen Malaysia yang bakal ditambahnaik. Ini termasuk proses penambahbaikan sistem Penyata Rasmi (Hansard) dalam portal Parlimen yang membolehkan para pengguna membuat carian terhadap data-data daripada Hansard dengan lebih mudah.


Dari segi fizikal, Galeri Awam Dewan Rakyat juga akan melalui proses naik taraf untuk mempertingkatkan pengalaman melawat orang awam di Parlimen bagi menyaksikan sidang mesyuarat Dewan Rakyat seperti aturan urusan mesyuarat, perbahasan dan pertanyaan, di samping memahami peranan petugas-petugas Dewan Rakyat termasuk Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Rakyat, Bentara Mesyuarat, Bentara Parlimen, Pelapor, dan lain- lain. 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga telah menggalakkan Ahli-ahli Dewan Rakyat agar menggunakan kemudahan Penyelidikan Parlimen Malaysia dengan sepenuhnya untuk mendapatkan data-data serta maklumat penting bagi melonjakkan kualiti perbahasan dalam Dewan Rakyat.

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

   

 


Kemaskini terakhir pada: 27 Januari 2024 | Hits: 1700

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my