Siaran Media WAIPA 2025 : Menerajui Inovasi, Inklusiviti Dan Kepelbagaian Melalui Parlimen Seimbang Gender Demi Persiapan Masa Hadapan Asean
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

WAIPA 2025 : MENERAJUI INOVASI, INKLUSIVITI DAN KEPELBAGAIAN MELALUI PARLIMEN SEIMBANG GENDER DEMI PERSIAPAN MASA HADAPAN ASEAN

 

 

KUCHING, 21 APRIL – Parlimen Malaysia dangan kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan menganjurkan Mesyuarat Women Parliamentarians of AIPA (WAIPA) yang bertemakan “Steering Innovation, Inclusivity and Diversity Through Gender-Balance Parliaments for a Future-Ready ASEAN”. Mesyuarat yang berlangsung di Damai Lagoon Resort, Kuching Sarawak bermula 21 hingga 24 April 2025 ini akan melibatkan penyertaan daripada delegasi-delegasi parlimen dari seluruh negara ASEAN.

Pelaksanaan mesyuarat ini selaras dengan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia dan penggiliran Parlimen Malaysia sebagai Presiden ASEAN Inter-Parliamentarian Assembly (AIPA) pada tahun ini. Objektif utama mesyuarat adalah untuk memacu usaha parlimen yang seimbang dari segi gender di ASEAN, dengan penekanan kepada penggubalan dasar yang inovatif dan lebih peka dalam menangani keperluan masyarakat yang mendesak.

 

Mesyuarat ini juga bertujuan untuk meneroka penyelesaian bagi isu-isu berkenaan penyertaan wanita dalam politik serta memupuk persekitaran yang mengiktiraf kesaksamaan gender dalam tadbir urus bagi membangunkan ASEAN yang mampan dan berdaya tahan. Mesyuarat WAIPA ini akan dipengerusikan oleh YB Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan juga penglibatan beberapa orang Ahli Parlimen sebagai delegasi Parlimen Malaysia.

Majlis pembukaan mesyuarat ini pada 22 April 2025 akan dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan turut disertai oleh YB Tan Sri (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Puan AR. Siti Rozaimeriyanty binti Haji Abdul Rahman, Setiausaha Agung AIPA.

 

21 APRIL 2025
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 21 April 2025 | Hits: 1850

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.024 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my