SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap YB Senator Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Di-Pertua Dewan Negara dan isteri, Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi. 

Pertemuan berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pada hari ini (5 September). 

Berangkat sama, DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah sejurus Baginda selamat berangkat tiba ke Johor Bahru dari Ipoh.

Pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan berlangsung selama hampir sejam membincangkan pelbagai perkara sebelum tetamu kehormat diraikan 
dalam satu majlis santapan tengah hari.

YB Senator Tan Sri Dr Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Di-Pertua Dewan Negara yang Ke-19 pada Jun lalu. 

Turut hadir, YB Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara; Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

Kemaskini terakhir pada: 8 September 2023 | Hits: 1397

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
Kemaskini Terakhir: 09/04/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.044 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my