UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Isnin, 7 Oktober 2013 – Seramai 4 orang individu telah mengangkat sumpah sebagai Ahli-ahli Dewan Negara kira-kira jam 10.05 pagi di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia di hadapan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara.

YB Senator Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
Di antaranya ialah YB Senator Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam, YB Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin, YB Senator Dato’ Khairudin E.S. Abd Samad dan YB Senator Datuk Haji Yahaya Mat Ghani.


YB Senator Dato’ Khairudin E.S. Abd Samad mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini. Pelantikan YB Senator Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam telah di usul oleh Ketua Menteri Melaka iaitu YB Datuk Idris Haron semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka pada hari Rabu yang lepas. Kesemua individu yang telah dilantik mempunyai latar belakang yang berbeza juga bergiat aktif di dalam pelbagai kegiatan sosial. 


YB Senator Datuk Haji Yahaya Mat Ghani mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

Selain itu, di dalam ucapannya,  YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang mengingatkan semua Ahli-ahli Dewan Negara agar sentiasa berusaha untuk menghayati, mendalami dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan memikul tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sempurna. Beliau juga mengingatkan semua Ahli-ahli Dewan Negara agar sentiasa patuh kepada sumpah setia yang telah dilafazkan. 


YB Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

Kemaskini terakhir pada: 9 Oktober 2013 | Hits: 16323

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 11/10/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my