YB Senator Tuan Mohamad Ezam yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda PKR telah mengangkat sumpah untuk kali pertama pada 3 Mei 2010. Beliau yang mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1991) di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi telah keluar daripada PKR dan menyertai UMNO pada tahun 2008.
Beliau berkata bahawa beliau akan mempertahankan negara daripada agenda jahat zionis dan membawa isu ini untuk dibincangkan pada sesi Persidangan Dewan Negara yang akan datang.