Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah yang telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-21 di hadapan YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Terdahulu, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mengemukakan nama YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Kelima Belas Dewan Negara hari ini.
Turut hadir menyaksikan upacara mengangkat sumpah ini ialah YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.
Seluruh warga Parlimen Malaysia mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan amanah.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
22 Julai 2024
Kredit Foto: Adnan