183 Ahli-Ahli Dewan Rakyat Majlis Parlimen Kelima Belas Tahun 2022 Diberi Taklimat
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

BAHAGIAN KOMUNIKASI

183 AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT MAJLIS PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2022 DIBERI TAKLIMAT

 

KUALA LUMPUR, 6 Disember – YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah menyampaikan taklimat kepada 183 Ahli-Ahli Dewan Rakyat Majlis Parlimen Kelima Belas bertempat di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia. 

Ke semua Ahli-ahli Dewan Rakyat turut diberikan penerangan berkaitan Prosedur dan Perjalanan Dewan Rakyat yang disampaikan YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat. Hadir sama pada taklimat tersebut, YAB Dato’ Sri Haji Fadilah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi serta pegawai kanan Parlimen Malaysia.

Parlimen Malaysia mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Dewan Rakyat Majlis Parlimen Kelima Belas dan ucapan tahniah atas kejayaan untuk melaksanakan mandat rakyat Malaysia. Selamat Berkhidmat Yang Berhormat!  



Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia

Hubungi : +603-26017222
atau e-mel: pro@parlimen.gov.my


Kemaskini terakhir pada: 6 Disember 2022 | Hits: 1645

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my