SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023
Perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 telah mencatatkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung yang berlangsung di Dataran Putrajaya hari ini.
Sambutan telah disempurnakan dengan keberangkatan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia turut hadir pada acara sambutan hari kebangsaan ini bagi bersama-sama menzahirkan rasa kecintaan kepada negara.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afify
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
31 Ogos 2023