MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERSIDANGAN SPEAKER-SPEAKER PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SE-MALAYSIA 2024
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah membentangkan Kertas Kerja 1 berkaitan Memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen Melalui Penglibatan Awam Yang Progresif.

Seterusnya, pembentangan Kertas Kerja 2 pula telah dibentangkan oleh YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara bertajuk Persoalan; Adakah Dewan Negara institusi Rubber Stamp? Kuasa Speaker: Satu Coretan (Snippet).

YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak turut membentangkan Kertas Kerja 3 bertajuk Amendment to the Standing Orders.

Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 pada kali ini berobjektifkan mengadakan satu forum di mana speaker-speaker bertukar pandangan dan pendapat serta mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.

Turut hadir ialah YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
12 September 2024

Kredit foto: Arjunna

Kemaskini terakhir pada: 17 September 2024 | Hits: 740

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 08/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.022 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my