YB Senator Datuk Abd Ghani bin Datuk Haji Mohamed Yassin mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara
PARLIMEN MALAYSIA, 5 Januari – YB Senator Datuk Abd Ghani bin Datuk Haji Mohamed Yassin, Ketua Cawangan merangkap Ketua Bahagian UMNO cawangan Pekan Persiangan hari ini Mengangkat Sumpah sebagai Senator untuk penggal yang pertama di Dewan Negara, Parlimen Malaysia.
YB Senator Datuk Abd Ghani bin Datuk Haji Mohamed Yassin, 57 dilantik menjadi Senator Dewan Negara untuk penggal yang pertama bermula 5 Januari 2018 sehingga 5 Januari 2021.
Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dan antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah:
Ahli Majlis Tertinggi Usia Sabah
Ketua Bahagian Usia Pensiangan
Mantan Timbalan Pengerusi Sabah Land Development Berhad (SLDB) (2008-2014)
Ketua Cawangan merangkap Ketua Bahagian (UMNO) cawangan Pekan Pensiangan
Kemaskini terakhir pada: 9 Januari 2018 | Hits: 14888