PARLIMEN MALAYSIA, 18 November – YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua.
YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua di hadapan YB Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Kamar Khas Parlimen Malaysia.
YB Senator Datuk Abidullah Salleh, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka pula mengangkat sumpah buat pertama kali.
Kedua-duanya mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Kamar Khas, Bangunan Sementara, di sini.
YB Senator Datuk Abidullah Salleh mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Kamar Khas Parlimen Malaysia.
YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan yang mewakili orang kurang upaya (OKU) merupakan Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia.
Manakala YB Senator Datuk Abidullah Salleh, 57, anak jati Kampung Tengkera, mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka menggantikan YBhg. Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam setelah tamat tempoh pelantikan untuk satu penggal.
YB Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara bergambar bersama YB Senator Datuk Abidullah Salleh, YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan dan Ahli-ahli Dewan Negara selepas upacara mengangkat sumpah.
Tempoh jawatan mereka sebagai Ahli Dewan Negara berakhir pada 17 November 2019.