BUKU TATACARA MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT VERSI BAHASA MELAYU DILANCAR
control 1control 2control 3
 

KUALA LUMPUR, 14 Mei  -- Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini melancarkan buku terjemahan “Tatacara Parlimen: Panduan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat”.  

Buku itu diterjemah ke bahasa Melayu daripada buku “Malaysian Parliamentary Procedure: A Guide to the Standing Orders of the Dewan Rakyat" karya Monique M. Smith dan Maha Balakrishnan oleh Adam Adli.

Mohamad Ariff dalam ucapannya berharap penerbitan buku berkenaan mampu memberi kefahaman kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi Parlimen dan rakyat bagi memahami aturan mesyuarat Dewan Rakyat dengan lebih mudah.

Beliau menyifatkan buku itu hadir tepat pada masa ketika minat yang tinggi pelbagai pihak khususnya pada Dewan Rakyat, yang akan mengadakan persidangan pada Isnin.

“Menjelang sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat 2020 yang berlangsung minggu hadapan, semua pihak akan tertumpu kepada persidangan itu. Justeru, saya amat mengesyorkan buku diperoleh supaya (Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat) dapat difahami dengan lebih baik,” katanya pada majlis pelancaran yang dilaksanakan menerusi aplikasi Webex Meet di Perpustakaan Parlimen.

Mohamad Ariff berkata pelancaran buku secara dalam talian itu adalah satu cara mengamalkan kebiasaan baharu ekoran wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang.

Pada 2 Mac lepas, Mohamad Ariff melancarkan versi asal buku itu di Parlimen.

Mohamad Ariff memuji Institut Demokrasi Nasional (NDI) dan pengarang buku itu atas kegigihan mereka menghasilkan buku berkaitan peraturan persidangan Dewan Rakyat.

 Katanya buku itu akan menjadi sebahagian projek buku “Law, Principles and Practice in Dewan Rakyat” (Undang-Undang, Prinsip dan Amalan di Dewan Rakyat) yang memberikan penjelasan serta ilustrasi komprehensif mengenai prinsip, peraturan dan prosedur Parlimen. -- BERNAMA


Kemaskini Terakhir pada: 15 Mei 2020 | Hits: 365

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 29/05/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my