FORUM “THE POWER AND PURPOSE OF PARLIAMENTARY DIPLOMACY: STRENGTHENING RELATIONS AMONG COMMONWEALTH NATIONS”
control 1control 2control 3
Parlimen Malaysia dengan kerjasama Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) telah menganjurkan Forum “The Power and Purpose of Parliamentary Diplomacy: Strengthening Relations Among Commonwealth Nations” di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia semalam.

Forum ini juga menampilkan Setiausaha Agung Commonwealth Parliamentary Association (CPA), Tuan Stephen Twigg sebagai panel bersama-sama YB Senator Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tuan Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timor bagi membincangkan konsep ‘Parlimen Diplomasi sebagai usaha untuk memperkukuhkan hubungan diplomasi dalam kalangan negara-negara anggota Komanwel dan pertubuhan antarabangsa yang dapat menyumbang kepada pembangunan dan martabat negara. 

Penganjuran program ini juga adalah selaras dengan usaha Parlimen Malaysia dalam melaksanakan peranannya dan memperkasakan fungsi dan peranannya melalui diplomasi jalur kedua (second track diplomacy).

Dalam ucapan pembukaan, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga merupakan Setiausaha Kehormat CPA Malaysia memaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan bekerjasama dengan CPA bagi pelaksanaan CPA Advanced Residency Programme yang akan diadakan pada 23 hingga 29 September 2024 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Forum ini turut dihadiri oleh Speaker-Speaker Dewan Negeri, Ahli-ahli Parlimen, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam serta para akademia dan penyelidik. 

Pelaksanaan forum ini bersempena lawatan kerja Tuan Stephen Twigg ke Malaysia dari 19 hingga 21 Jun 2024.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
21 Jun 2024

Kredit foto: Ahmad Afifi

Kemaskini terakhir pada: 26 Jun 2024 | Hits: 151

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my