Jumaat, 21 November 2014 – Bekas Bendahari Agung MIC, YB Senator Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh, 52 tahun telah dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Parlimen Malaysia.
YB Senator Dato’ Jaspal Singh mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
YB Senator Dato’ Jaspal Singh menandatangani watikah pelantikan
YB Senator Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh telah dilahirkan di Bedong, Kedah pada 9 Februari 2014. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1982. Beliau sangat aktif dalam bidang politik dan telah menyertai MIC pada tahun 2003. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Strategik Sosial dan Yayasan Pemulihan Sosial.Yayasan ini bertanggungjawab mengendalikan program yang menyumbang kepada kebaikan masyarakat.
YB Senator Dato’ Jaspal Singh merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Negara yang hadir semasa Upacara Mengangkat Sumpah
YB Senator Dato’ Jaspal Singh juga berazam untuk membawa isu-isu yang relevan dengan masyarakat masa kini, termasuk isu anak-anak muda yang menghadapi cabaran besar dalam bidang pekerjaan.