Genap lima tahun bertakhta sebagai Ketua Utama Negara, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Kami seluruh warga Parlimen Malaysia menzahirkan rasa penuh kesyukuran serta menjunjung kasih tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Turut hadir menyaksikan detik bersejarah pada hari ini ialah YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato' Ramli Bin Dato' Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta warga Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
30 Januari 2024