ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI YANG DI-PERTUAN AGONG
control 1control 2control 3

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI YANG DI-PERTUAN AGONG

 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, hari ini.

 

YB Tan Sri Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama pemimpin negara seperti Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohamad Hasan turut hadir menyaksikan Istiadat Mengarak Panji-Panji ini.

 

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada jam 8.30 pagi disambut dengan alunan lagu Negaraku, disusuli formasi terbang lintas hormat lima pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, Panji Tentera Darat Malaysia (TDM), Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

 

Sebanyak 21 das tembakan kehormatan turut dilepaskan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai Leftenan Kolonel Mohammad Asri Che Wil.

 

Seri Paduka Baginda turut berkenan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 57 pegawai dan 862 anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) Leftenan Kolonel Mohd Azamri Abdullah.

 

Istiadat Mengarak Panji-Panji adalah merupakan salah satu acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2023.

 

Pada istiadat tersebut, lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

 

Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara.

 

Istiadat Mengarak Panji-Panji diadakan tiga kali dalam tempoh lima tahun pemerintahan bagi setiap Raja Melayu yang dilantik sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong iaitu bagi tahun pertama, tahun ketiga dan tahun terakhir pemerintahan.

 

Sumber: Istana Negara

 

Parlimen Malaysia

10 Jun 2023


Kemaskini terakhir pada: 15 Jun 2023 | Hits: 1732

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my