Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap penggal Parlimen dimulakan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan peraturan-peraturan mesyuarat.

Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Sekiranya seseorang pemberitahu usul mempunyai apa-apa cadangan untuk meminda peraturan-peraturan mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan masalah kepada mesyuarat bagi dibahas.

Usul yang telah dicadangkan dan disokong ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.
 

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara Majlis Parlimen Ketiga Belas adalah terdiri daripada:
 
1) Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato' Sri SA. Vigneswaran
  Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi)
2) Yang Berhormat Senator Datin Rahimah bt. Haji Mahamad
3) Yang Berhormat Senator Puan Lim Hui Ying
4) Yang Berhormat Senator Dato' Sri Ti Lian Ker
5) Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling Sie Kiong
6) Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni Binti Sabu
7) Yang Berhormat Senator Datuk Theodore Douglas Lind

Kemaskini Terakhir pada: 18 Julai 2019 | Hits: 23976

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 29/05/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my