KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENERIMA MENGHADAP YB SENATOR TAN SRI DATO’ SERI UTAMA DR RAIS YATIM
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap perpisahan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim di Istana Negara, hari ini.
Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim yang mula berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-18 pada 2 September 2020, akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari ini 15 Jun 2023 setelah tiga tahun berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim kepada negara.
Sumber: Istana Negara
Parlimen Malaysia
15 Jun 2023
Kemaskini terakhir pada: 15 Jun 2023 | Hits: 2781