PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENGASINGAN PERANAN PEGUAM NEGARA DAN PENDAKWA RAYA
Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi, Parlimen Kelimabelas
Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi telah menjalankan prosiding pertama berkenaan pemisahan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya pada 26 Oktober 2023 yang lalu. Prosiding ini bertujuan memahami keperluan kepada pengasingan kuasa dan memberikan cadangan kepada Kerajaan berkaitan penambahbaikan kepada undang-undang sedia ada.
Jawatankuasa ini juga menzahirkan sokongan penuh atas usaha dan komitmen Kerajaan Madani dalam melaksanakan usaha reformasi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya seperti dalam ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2023 yang lalu.
Prosiding Jawatankuasa ini dibahagikan kepada dua sesi dan telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa berikut :
Pada sesi pertama, Jawatankuasa ini telah mengadakan perjumpaan bersama Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) – Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) yang dipengerusikan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap usaha reformasi ini.
Pada sesi kedua, Jawatankuasa ini telah mengadakan perjumpaan bersama pertubuhan bukan kerajaan iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Institute For Democracy and Economic Affairs (IDEAS) bagi mendapatkan informasi lanjut berkaitan usaha reformasi ini.
Asas-asas yang ingin diteliti dan difahami oleh Jawatankuasa dalam prosiding ini antaranya ialah:
Asas-asas ini penting bagi membentuk pemahaman menyeluruh dalam usaha reformasi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan seterusnya membolehkan Jawatankuasa ini memuktamadkan syor-syor kepada Kerajaan dalam penambahbaikan sistem sedia ada sekali gus memacu perubahan reformasi institusi dalam landskap negara ini.
Bagi prosiding seterusnya, Jawatankuasa ini akan mengadakan perjumpaan bersama badan-badan dan agensi-agensi yang berikut:-
Sebagai penutup dan pelengkap kepada prosiding ini, Jawatankuasa ini akan menjemput Barisan Peguam Pembelaan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Peguam Negara Malaysia, dan bekas Peguam Negara bagi mendapatkan penerangan khususnya cadangan dan implikasi pemisahan kedua-dua peranan tersebut.
Sekian, terima kasih.
William Leong Jee Keen
Pengerusi,
Jawatankuasa Pilihan Khas
Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (Ahli Parlimen Selayang)
Kemaskini terakhir pada: 1 November 2023 | Hits: 2096