Kenyataan Media Bual Bicara Bersama YB
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

 

BUAL BICARA BERSAMA YB

 

08 MAC 2022 – Parlimen Malaysia menganjurkan Bual Bicara Bersama Yang Berhormat (YB) sempena sambutan Hari Wanita 2022 peringkat Parlimen Malaysia.

Sambutan Hari Wanita pada tahun 2022 ini bertemakan “Saksama Bersama” di Bilik Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia. Bual bicara ini juga disiarkan secara dalam talian melalui YouTube Parlimen Malaysia. 

 

Ucapan alu-aluan pada program ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai tetamu kehormat. 

 

Ahli panel program bual bicara ini terdiri daripada YB Datuk Wira Mas Ermieyati

Samsudin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan UndangUndang), YB Puan Kasthuriraani A/P Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan dan YBrs. Dr. Sabariah Baharun, Setiausaha Agung Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia. Moderator bual bicara ini pula diserikan oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Tetamu yang dijemput juga dalam kalangan Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat dan Yang Berhormat Ahli Dewan Negara (Senator). 

 

Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), delegasi EXCO Wanita Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) dan beberapa wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO). 

 

Ini merupakan salah satu inisiatif Parlimen Malaysia untuk menyambut Hari Wanita sebagai pengiktirafan sumbangan dan jasa wanita dalam mendukung dasar Kerajaan untuk terus menjadi negara maju. Ini bertepatan tema “Saksama Bersama” yang memberi peluang yang sama antara wanita dan lelaki. Selain itu, slogan Hashtag BreakTheBias yang juga digunakan selari dengan tema pada kali ini.

 

Program ini akan menjadi acara tahunan Parlimen Malaysia dan akan membincangkan topik-topik semasa sesuai mencerminkan peranan Parlimen Malaysia dalam penglibatan wanita daripada pelbagai bidang sebagai tonggak legislatif negara.

 

Sekian. Terima kasih.

 

Parlimen Malaysia 8 Mac 2022.


Kemaskini terakhir pada: 8 Mac 2022 | Hits: 1958

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my