Siaran Media Dua Senator Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara Berkuatkuasa Hari Ini
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

DUA SENATOR DILANTIK SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA

BERKUATKUASA HARI INI

 

Dua Senator lantikan Yang di-Pertuan Agong mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa mulai 10 Disember 2022 hingga 9 Disember 2025 di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim hari ini.
 

Mereka ialah Pengerusi Biro Institut Latihan Parti Keadilan yang juga mantan Ahli Parlimen Kuantan, YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang diumumkan Perdana Menteri semalam.
 

Kedua ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Senator Puan Saraswathy a/p Kandasamy yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
 

Tan Sri Rais dalam ucapannya menegaskan agar para senator meneliti sumpah setia yang dilafazkan iaitu kewajipan segala daya usaha dan keupayaan dilaksanakan bagi menjalankan tugas. Kedua, menumpahkan taat setia kepada tanah  air dan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya.

Tan Sri Rais turut menyeru agar para senator sentiasa menzahirkan sumpah setia tersebut dengan hadir semasa menjawab soalan dan semasa diperlukan sepanjang Dewan Negara bersidang. - TAMAT

 
 

10 Disember 2022

Parlimen Malaysia

Kuala Lumpur


Kemaskini terakhir pada: 10 Disember 2022 | Hits: 2881

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my