Kenyataan Media Pra-Persidangan Penggal Kelima Parlimen ke-14 Dewan Negara
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA
OLEH
YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2022: Mesyuarat Pra-Persidangan Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 Dewan Negara telah diadakan hari ini dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Turut hadir ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad, Setiausaha Dewan Negara Muhd Sujairi Abdullah (hadir secara maya) dan pegawai-pegawai Dewan Negara yang lain.

 

Secara umum mesyuarat membincangkan beberapa perkara penting berkaitan dengan perjalanan dan peraturan mesyuarat yang akan bermula dari 21 Mac hingga 31 Mac ini. Seramai 8 Ahli Dewan Negara yang baharu dilantik akan mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan. Antaranya Senator Datuk Dr. Haji Azhar Ahmad, Senator Dato’ Arman Azha Abu Hanifah, Senator Dato’ Nelson a/l Renganathan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Senator Puan Noraini Idris, Senator Dato’ Shamsuddin Haji Abd Ghaffar, Senator Dato’ Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Senator Datuk Seri Hajah Zurainah Musa.

 

Pada persidangan kali ini, sebanyak 783 pertanyaan telah diterima melibatkan 670 pertanyaan lisan dan 113 pertanyaan bertulis. Yang di-Pertua Dewan Negara berharap Anggota Pentadbiran dapat menghadiri sendiri bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan semasa dewan bersidang. 

 
Jawatankuasa Pemilih bagi Penggal Kelima yang akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dijangka akan bersidang mulai hari kedua persidangan bermula.

Selain itu, Tan Sri Rais juga turut menjelaskan bahawa tiga Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat, Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah turut akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat. 

Beliau menyeru agar setiap pengerusi mengoperasikan jawatankuasa masing-masing, memahami landasan kerja dan perlu membuka pintu kepada rakyat untuk mengajukan sebarang pertanyaan. Jawatankuasa ini juga boleh memanggil sesiapa sahaja untuk memberikan penjelasan terhadap sebarang aduan mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Justeru pemantauan terhadap sebarang tindakan yang diambil harus lebih telus dan ada perkembangannya. Pihak RTM akan mengadakan siaran secara langsung sepanjang persidangan pada kali ini.

  


 

PARLIMEN MALAYSIA  
10 Mac 2022
Kuala Lumpur


Kemaskini terakhir pada: 11 Mac 2022 | Hits: 2680

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 21/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my