Prosiding Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE)
- Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini, selesai mengadakan prosiding keempat bagi isu Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE).
- Hadir bagi memberi keterangan dan penjelasan pada hari ini adalah YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Kang Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, mantan KSU KKM, YBrs. Encik Mohd Fauzee bin Abd Majid, Setiausaha Bahagian (Perolehan dan Penswastaan) KKM yang mewakili YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBhg. Dato’ Farshila Emran, mantan Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad.
- PAC berpuas hati dengan kerjasama semua saksi dan akan memasukkan keterangan serta penjelasan kesemua saksi bagi prosiding ini dalam Laporan PAC berhubung isu ini untuk dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat.