KENYATAAN MEDIA RUU PERKHIDMATAN PARLIMEN DIBENTANG NOVEMBER INI
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

RUU PERKHIDMATAN PARLIMEN DIBENTANG NOVEMBER INI

 

  1. Mesyuarat Khas berkenaan Transformasi Parlimen yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah diadakan pada hari ini 29 September 2022 di Blok Utama Parlimen Malaysia.
  2. Transformasi Parlimen pada ketika ini sedang berjalan lancar.Dalam mesyuarat tersebut dimaklumkan  bahawa  proses  Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Sri Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Syukor Mahmood, dan pegawainya serta wakil dari Jabatan Peguam Negara.
  3. Jabatan Peguam Negara dan BHEUU sedang menyediakan Draf Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang dipantau oleh Jawatankuasa Transformasi Parlimen dari semasa ke semasa.
  4. Rang Undang-undang tersebut dijangka akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bulan November ini. 
  5. Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang disediakan termasuk Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen.
         

        - TAMAT   -

 

YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim Yang di-Pertua Dewan Negara

 29 September 2022

 

Kemaskini terakhir pada: 10 Januari 2023 | Hits: 1057

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my