Kenyataan Media Status Kesihatan Terkini YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang Di- Pertua Dewan Negara
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     KENYATAAN MEDIA  

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

STATUS KESIHATAN TERKINI YB SENATOR DATUK MUTANG TAGAL, YANG DI- PERTUA DEWAN NEGARA


 

7 Mei 2024, Kuala Lumpur – Dimaklumkan bahawa YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Beliau telah menerima rawatan di sana setibanya semalam di Malaysia daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja.

 

  1. Pihak Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan beliau dan sebarang maklumat akan dimaklumkan oleh pejabat ini mengikut keadaan semasa.

 

  1. Keluarga YB Senator Datuk Mutang Tagal mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang diberikan untuk beliau dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam tempoh rawatan ini.

 

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
7 Mei 2024

Pertanyaan Media:
Norhayati Abd Manaf, Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Negara
Tel: +6012 – 393 5075 / Email:
norhayati@parlimen.gov.my

Ref No: PAR/YPDN/AM.23 (27)


Kemaskini terakhir pada: 8 Mei 2024 | Hits: 574

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my