Kenyataan Media YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang Di-Pertua Dewan Negara Meninggal Dunia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     KENYATAAN MEDIA  

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

YB SENATOR DATUK MUTANG TAGAL, YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA MENINGGAL DUNIA

 

10 Mei 2024, Kuala Lumpur – Dengan amat dukacita dimaklumkan bahawa YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara telah meninggal dunia pada jam 11.46 pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Beliau telah menerima rawatan di sana setibanya di Malaysia pada hari Isnin, 6 Mei 2024 daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi. Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian.

 

  1. Keluarga mendiang YB Senator Datuk Mutang Tagal mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini.

 

  1. YB Senator Datuk Mutang Tagal, 70 tahun telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan telah mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024. Beliau adalah merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan dan pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga (3) orang anak.

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
10 Mei 2024

Pertanyaan Media:

Norhayati Abd Manaf, Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Negara
Tel: +6012 – 393 5075 / Email:
norhayati@parlimen.gov.my

Ref No: PAR/YPDN/AM.23 (28)


Kemaskini terakhir pada: 10 Mei 2024 | Hits: 1064

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.050 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my