Kenyataan Media Yang Di-Pertua Dewan Negara Menerima Rawatan Perubatan Susulan Di Kuala Lumpur Sekembali Daripada Lawatan Kerja Di Azerbaijan
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     KENYATAAN MEDIA  

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA MENERIMA RAWATAN PERUBATAN SUSULAN DI KUALA LUMPUR SEKEMBALI DARIPADA LAWATAN KERJA DI AZERBAIJAN

 

6 Mei 2024, Kuala Lumpur – YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara telah tiba di Kuala Lumpur daripada Azerbaijan pada jam 1.00 pagi hari ini bagi menerima rawatan lanjut susulan daripada masalah kesihatan ketika berada di sana. Setiba di Malaysia, YB Senator Datuk Mutang Tagal telah dibawa ke hospital di Kuala Lumpur bagi menerima rawatan perubatan. YB Senator Datuk Mutang Tagal berada di Azerbaijan untuk lawatan kerja bermula 29 April 2024 dan telah pulang lebih awal daripada jadualnya.

 

  1. YB Senator Datuk Mutang Tagal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia dan Azerbaijan yang telah membantu urusan rawatan beliau di Azerbaijan dan juga untuk pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas kiriman tanda ingatan serta doa untuk kesembuhan beliau daripada semua pihak dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada beliau dan keluarga di sepanjang tempoh rawatan ini.

 

  1. YB Senator Datuk Mutang Tagal telah mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri “6th World Forum on Intercultural Dialogue” berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan. Sebelum menghadiri forum tersebut, YB Senator juga telah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden, Perdana Menteri dan Speaker Milli Majlis Republik Azerbaijan serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di sana.

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
6 Mei 2024

Pertanyaan Media:

Norhayati Abd Manaf,
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Negara
Tel: +6012 – 393 5075 / Email:
norhayati@parlimen.gov.my

Ref No: PAR/YPDN/AM.23 (26)

 

 


Kemaskini terakhir pada: 8 Mei 2024 | Hits: 539

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my