Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia merupakan salah seorang 983 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-62 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Tahniah kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang dianugerahkan darjah kedua tertinggi negeri Sabah iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Datuk Awang Alik Jeman adalah salah seorang daripada 48 orang yang dianugerahkan darjah kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman dan isteri YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim bergambar kenang-kenangan selepas istiadat penganugerahan darjah.
Tahniah diucapkan.