KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT OLEH SPEAKER OF THE NEW ZEALAND HOUSE OF REPRESENTATIVES
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat menerima kunjungan hormat daripada Rt. Hon. Gerry Brownlee, Speaker of the New Zealand House of Representatives di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia semalam.

Berlangsung juga mesyuarat dua hala bagi kedua-dua wakil negara yang telah dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat antaranya membincangkan hubungan Malaysia-New Zealand serta menyentuh peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Selain itu, Rt. Hon. Gerry Brownlee dan delegasi turut diberikan taklimat mengenai Parlimen Malaysia ketika dibawa melawat Dewan Rakyat dan sekitar pekarangan Parlimen Malaysia.

Turut diadakan pertemuan antara delegasi bersama YB Tuan William Leong Jee Keen, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia Kelima Belas merangkap Ahli Parlimen Selayang di Bilik Kunjungan Hormat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Ketibaan Speaker of the New Zealand house of Representatives di Parlimen Malaysia telah disambut oleh YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
15 Julai 2024

Kredit foto: Julie

Kemaskini terakhir pada: 16 Julai 2024 | Hits: 112

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my