KUNJUNGAN HORMAT PRESIDENT OF THE LEGISLATIVE COUNCIL OF THE HONG KONG SPECIAL ADMINISTRATIVE REGION KEPADA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh Hon Andrew Leung, President of the Legislative Council Of The Hong Kong Special Administrative Region bersama delegasi di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia.

Lawatan ini memainkan peranan penting dalam menjalin dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara badan perundangan serta memupuk persefahaman dengan lebih erat antara Hong Kong dan Malaysia.

Berlangsung juga pertemuan delegasi bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Bilik Jawatankuasa, Blok Utama, Bangunan Parlimen antaranya:

i. Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial dan Masyarakat Majlis Dewan Negara
ii. Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan dan Perdagangan Antarabangsa Parlimen Malaysia Kelima Belas
iii. Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen Malaysia Kelima Belas

Antara yang hadir ialah YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial Dan Masyarakat Majlis Dewan Negara, YB Tuan Wong Chen, Ahli Parlimen Subang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa, YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi dan YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

Delegasi turut diberikan penerangan semasa melawat ke Dewan Negara dan Dewan Rakyat ketika sesi lawatan berpandu.

Pertemuan ini juga sempena Ulang Tahun ke-50 hubungan Malaysia-China tahun ini.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
13 Mei 2024

Kredit Foto: Julie | Arjunna | Daniel

Kemaskini terakhir pada: 17 Mei 2024 | Hits: 376

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my