KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KEPADA PENGERUSI SENAT PARLIMEN REPUBLIK KAZAKHSTAN
control 1control 2control 3
Astana, Kazakhstan – Pengerusi Senat Parlimen Republik Kazakhstan, TYT Maulen Ashimbayev mengadakan pertemuan dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Parlimen Malaysia, YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed untuk membincangkan pelbagai perspektif bagi meningkatkan hubungan antara parlimen di Astana, Kazakhstan pada 13 Jun 2024.

Menurut Pengerusi Senat Parlimen Republik Kazakhstan, TYT Maulen Ashimbayev, Malaysia merupakan rakan politik dan ekonomi utama Kazakhstan di Asia Tenggara. Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ke Kazakhstan pada Mei tahun ini memberi dorongan yang kuat untuk menggalakkan lagi hubungan dua hala antara negara. Presiden Republik Kazakhstan, TYT Kassym-Jomart Tokayev menyatakan pertemuan dengan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai ‘bersejarah’.

Dalam pertemuan ini, kedua – dua pemimpin Dewan Negara memberi penekanan kepada kepentingan untuk meningkatkan lagi hubungan antara parlimen. Kerjasama melalui pembentukan ‘friendship groups’ antara Parlimen Republik Kazakhstan - Malaysia berfungsi sebagai mekanisme utama bagi mempromosikan pelbagai aspek hubungan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak juga membincangkan pencapaian dan peluang dalam bidang perdagangan, ekonomi dan kerjasama pelaburan serta bertukar-tukar cadangan mengenai pelaksanaan projek bersama, termasuk memperluaskan hubungan budaya dan pendidikan.

Peluang kerjasama dalam bidang perkhidmatan, kewangan, pengeluaran pertanian, pengeluaran makanan dan pembinaan amat baik. Senat Parlimen Republik Kazakhstan bersedia untuk menyokong secara aktif peningkatan kerjasama ini di peringkat perundangan dan Dewan Negara, Parlimen Malaysia percaya kerjasama ini akan menyumbang kepada hubungan dua hala yang lebih erat.

Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 26 Jun 2024 | Hits: 58

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my