KUNJUNGAN HORMAT TUAN YANG TERUTAMA SAMDECH MOHA BORVOR THIPADEI HUN MANET, PERDANA MENTERI KEMBOJA KE PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Kunjungan Hormat kepada YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja di Bangunan Parlimen hari ini.

Kehadiran TYT Hun Manet bersama delegasi telah disambut oleh YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Seterusnya, TYT Hun Manet berpeluang menyaksikan perbahasan yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat. Kemudiannya, TYT Hun Manet mengadakan pertemuan bersama YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara di Bilik Kunjungan Hormat, Blok Utama, Bangunan Parlimen.

Turut diadakan sesi perjumpaan bersama YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen.

Hadir sama pada sesi Kunjungan Hormat ini ialah YB Dato' Ramli Bin Dato' Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YBrs. Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

Lawatan rasmi ini akan memperkukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kemboja.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
27 Februari 2024
 

Kemaskini terakhir pada: 28 Februari 2024 | Hits: 910

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 10/10/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my