KUNJUNGAN HORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT OLEH SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KEDAH DARUL AMAN
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Zubir Bin Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Darul Aman di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia.

Terlebih dahulu, ketibaan Speaker DUN Kedah telah disambut oleh YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Hadir bersama dalam pertemuan ini ialah YB Encik Abdul Razak bin Khamis, Timbalan Speaker DUN Kedah dan Encik Shaharzad bin Yusof, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat.

Pertemuan ini akan mengukuhkan jalinan kerjasama khususnya daripada cabang legislatif antara Parlimen Malaysia dan DUN Kedah.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
16 Julai 2024

Kredit foto: Ahmad Afifi

Kemaskini terakhir pada: 18 Julai 2024 | Hits: 227

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my