LAWATAN DAN PERKONGSIAN ILMU ANTARA PARLIMEN MALAYSIA BERSAMA INSTITUT ANTARABANGSA POLISI AWAM DAN PENGURUSAN (INPUMA) FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI, UNIVERSITI MALAYA & KAKITANGAN LEGISLATIF, KONGRES FILIPINA
control 1control 2control 3
LAWATAN DAN PERKONGSIAN ILMU ANTARA PARLIMEN MALAYSIA BERSAMA INSTITUT ANTARABANGSA POLISI AWAM DAN PENGURUSAN (INPUMA) FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI, UNIVERSITI MALAYA & KAKITANGAN LEGISLATIF, KONGRES FILIPINA

Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya dan Kakitangan Legislatif, Kongres Filipina telah mengadakan lawatan serta perkongsian ilmu bersama Parlimen Malaysia pada hari ini.

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan mengenai amalan terbaik yang diamalkan dalam sistem perundangan, struktur pembentukan polisi negara, dasar kepimpinan, tadbir urus dan inovasi sektor awam di Malaysia.

Program telah dimulakan dengan ucaptama oleh Encik Mohd Sukri bin Busro, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat yang mewakili pengurusan Parlimen Malaysia.

Kemudian, sesi taklimat juga diberikan kepada delegasi oleh Puan Azean Izamurni binti A.Aziz (Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Maklumat) dan Encik Augustine Leonard Anak Jen (Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidik)

Seterusnya, delegasi turut diberikan taklimat mengenai Parlimen Malaysia semasa sesi lawatan berpandu ke Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Pusat Media Parlimen Malaysia oleh Pegawai di Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Hazirah

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
24 Oktober 2023

Kemaskini terakhir pada: 31 Oktober 2023 | Hits: 2877

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my