2 OGOS 2022 (SELASA) LAWATAN RASMI KE ATAS YB TAN SRI AZHAR AZIZAN HARUN, YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT OLEH PYT NANCY PELOSI YANG DI-PERTUA DEWAN PERWAKILAN AMERIKA SYARIKAT (AS)
control 1control 2control 3



Kuala Lumpur, 2 Ogos 2022 (Selasa): — Lawatan Rasmi oleh PYT Nancy Pelosi, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang tiba pada pagi ini di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, yang disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pelosi dan delegasi kongresnya tiba di Malaysia pada hari Ini sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke empat negara Asia. Sebelum ke Malaysia Beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura. Beliau dan delegasinya memulakan lawatan rasmi dengan mengadakan pertemuan bersama Yang Berhormat Tan Sri Azahar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia

Ia adalah lawatan sulung Pelosi ke Malaysia. PYT Nancy Pelosi turut diiringi oleh 5 orang Ahli Perwakilan. Beliau adalah pemimpin nombor tiga dalam senarai pengganti presiden dan satu-satunya wanita yang pernah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS).

Lawatan itu antara lain akan menumpukan kepada isu keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokratik di rantau Indo-Pasifik

Selepas pertemuan beliau bersama Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, beliau kemudian hadir ke majlis makan tengah hari bersama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. — Bahagian Komunikasi Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 2 Ogos 2022 | Hits: 237

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 08/08/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my