LAWATAN RASMI YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT  KE JEPUN PADA 3 HINGGA 7 JUN 2024
control 1control 2control 3

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah selamat tiba di Tokyo malam tadi dan disambut oleh TYT Ambassador YBhg. Dato’ Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Jepun serta isteri, YBhg. Datin Suriyah Abdullah.

 

Lawatan rasmi saya ke Jepun diadakan atas undangan rakan sejawat saya, TYT Fukushiro Nukaga bermula 3 hingga 7 Jun 2024 untuk memperkukuh hubungan antara Parlimen Malaysia dengan Parlimen Jepun susulan peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.

 

Lanjutan itu, lawatan rasmi ini menyasarkan untuk memperkukuh kerjasama ASEAN-Jepun dalam pelbagai bidang khususnya pertukaran kepakaran dalam keterjaminanmakanan, perubahan iklim dan pembangunan mampan menjelang kepengerusian Parlimen Malaysia dalam Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada tahun 2025.

 

Turut menyertai delegasi ini adalah Pengerusi Kumpulan Persahabatan Parlimen Asia Timur merangkap Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa, YB Tuan Sim Tze Sin (Bayan Baru), Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, YB Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, YB Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol).

 

Dalam kerangka lawatan rasmi ini, saya juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Hidehisa Otsuji, President of the House of Councillors di Parlimen Jepun (National Diet of Japan) serta bertemu dengan Menteri Transformasi Digital Jepun,  TYT Taro Kono.

 

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 11 Jun 2024 | Hits: 228

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my