Selasa, 10 September 2013 - Lawatan kerja ke Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM) Jalan Semarak telah diadakan bagi melihat konsep wifi kampus di Universiti tersebut.
Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Dato' Lamien Sawiyo (Ketua Pentadbir) dan Datuk Zamani Sulaiman (Setiausaha Dewan Negara) mewakili Jawatankuasa Tertinggi JPICT, Parlimen Malaysia. Ia turut dihadiri oleh kakitangan Cawangan Teknologi Maklumat.
Objektif lawatan tersebut bertujuan untuk melihat cara pengendalian dan kaedah pengurusan wifi kampus bagi keseluruhan rangkaian di Universiti tersebut. Ia juga memberi pendedahan tentang konsep dan teknologi terkini wireless.
Berpeluang di bawa melihat ke dewan-dewan kampus yang telah mengimplementasi teknologi wireless tersebut. Lawatan tersebut tamat pada jam 1.30 tengahari.