PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
LIPUTAN MEDIA SEPANJANG MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT MAJLIS PARLIMEN KEEMPAT BELAS
Parlimen Malaysia memberi perhatian serius terhadap keadaan wabak COVID-19 di seluruh negara khasnya di Kuala Lumpur, yang masih berada di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.
2. Melihat kepada situasi jangkitan COVID-19 yang membimbangkan pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga yang lalu, Parlimen Malaysia telah mengambil langkah dan pendekatan yang amat teliti dalam pengendalian Mesyuarat Penggal Keempat yang akan datang.
3. Justeru itu, adalah menjadi keperluan undang-undang agar semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat yang dikenakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi oleh semua pihak termasuklah Parlimen Malaysia. Antara lain, syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
(a) Hanya individu dengan dos lengkap vaksin COVID-19 dan suhu badan tidak melebihi 37.5 celsius sahaja dibenarkan hadir;
(b) Mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR melalui aplikasi MySejahtera di pintu masuk dan semua tempat yang disediakan.
(c) Menjalani ujian saringan COVID-19 secara Polymerase Chain Reaction Test (PCR) dalam masa tiga hari sebelum hadir serta hendaklah menunjukkan keputusan ujian tersebut;
(d) Pemakaian pelitup muka berganda (double-masking);
(e) Digalakkan memakai pelindung muka (face shield);
(f) Sentiasa membersihkan tangan dengan menggunakan hand sanitizer;
(g) Mematuhi penjarakan fizikal sepanjang berada di Kompleks Parlimen.
4. Mengambil kira perkara-perkara di atas dan demi menjaga kebaikan dan kesejahteraan semua pihak yang akan berada di kawasan Parlimen Malaysia semasa persidangan Keempat yang akan datang, Parlimen Malaysia telah memutuskan untuk menghadkan jumlah kehadiran orang-ramai di Bangunan Parlimen. Langkah ini adalah perlu demi membendung dan mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 semasa persidangan Keempat yang akan datang.
5. Parlimen Malaysia dengan itu memutuskan bahawa jumlah agensi berita dan pengamal media dihadkan kepada 71 orang sahaja. Agensi-agensi media yang akan dibenarkan hadir di Bangunan Parlimen seperti berikut:
PENYIAR RASMI
BIL |
JABATAN/ AGENSI |
KUMPULAN |
PETUGAS |
1 |
|
LIPUTAN SIARAN LANGSUNG, BERITA & SIDANG MEDIA |
28
|
2 |
|
WARTAWAN; PASUKAN BERITA RASMI; JURUFOTOGRAFI; JURUKAMERA VIDEO |
14
|
3 |
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA (JaPen) |
PETUGAS KAWALAN MEDIA; SEKRETARIAT PUSAT MEDIA; JURUFOTOGRAFI |
8 |
4 |
FINAS |
PENERBIT; JURUKAMERA VIDEO; JURUTEKNIKAL |
|
MEDIA-MEDIA LAIN
BIL |
AGENSI |
KUMPULAN |
PETUGAS |
1 |
TV3 |
TV |
4 |
2 |
ASTRO AWANI |
2 |
|
3 |
BERITA HARIAN |
AKHBAR BAHASA MELAYU |
1 |
4 |
SINAR HARIAN |
1 |
|
5 |
THE STAR |
AKHBAR BAHASA INGGERIS |
1 |
6 |
THE SUN |
1 |
|
7 |
SIN CHEW DAILY |
AKHBAR BAHASA CINA |
1 |
8 |
NANYANG SIANG PAU |
1 |
|
9 |
MALAYSIA NANBAN |
AKHBAR BAHASA TAMIL |
1 |
10 |
AFP (AGENCE FRANCE-PRESSE) |
MEDIA ANTARABANGSA (TV) |
2 |
11 |
MALAYSIA KINI |
ONLINE |
1 |
12 |
MALAYSIA NOW |
ONLINE |
1 |
|
|
JUMLAH |
71 |
6. Walaupun kehadiran pihak media secara fizikal di Bangunan Parlimen adalah terhad, pengamal media masih boleh membuat liputan menggunakan kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif secara eksklusif dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat melalui aplikasi Zoom yang diperkenalkan pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga yang lalu.
7. Bagi tujuan ini, pengamal media boleh menghubungi Setiausaha Akhbar Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau berurusan dengan Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Parlimen.
8. Saya berharap agar liputan mesyuarat ini akan dilaksanakan dengan penuh teratur dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
DATUK AZHAR AZIZAN HARUN
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
8 September 2021
Parlimen Malaysia
KUALA LUMPUR
Kemaskini terakhir pada: 8 September 2021 | Hits: 4019