MAJLIS AMANAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT 2024
control 1control 2control 3
JOHARI SERU WARGA PARLIMEN GEMBLENG TENAGA TINGKAT PRESTASI

KUALA LUMPUR: Warga Parlimen Malaysia perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan prestasi institusi berkenaan dengan mendemokrasikan Parlimen dan mendekatkannya kepada rakyat melalui pelbagai program jangkauan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata ini selaras dengan kepimpinan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 berkuat kuasa 31 Jan ini, yang tegas menyuarakan pendapat mengenai isu dan dasar kerajaan.

"Dengan kesediaan baginda untuk bertitah mengenai isu-isu yang dekat dengan hati rakyat Malaysia, warga Parlimen Malaysia yang bekerja di institusi yang bertindak sebagai wadah suara nurani rakyat harus sama-sama menggembleng tenaga untuk sentiasa meningkatkan prestasi institusi ini kepada tahap yang tinggi.

"Justeru, saya ingin menitipkan pesan kepada semua warga Parlimen agar kita senantiasa berilitizam untuk menjaga kesatuan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia demi keamanan dan kedamaian negara," katanya pada Majlis Amanat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tahun 2024, hari ini.

Johari turut menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan dan pertimbangan Seri Paduka yang amat teliti mengemudi bahtera negara walaupun dilanda badai pandemik dan ketidaktentuan politik, untuk memastikan negara ini kekal aman makmur.

Dalam amanatnya, Johari berkata warga Parlimen Malaysia harus bergerak seiring dengan momentum negara yang positif serta ditandakan dengan perkembangan ekonomi sebanyak empat hingga lima peratus pada 2024, di samping nilai pelaburan RM225 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2023.

Selain itu, beliau berkata Parlimen Malaysia sebagai pengerusi Persidangan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada 2025 harus memainkan peranan bekerjasama rapat dengan semua negara anggota, rakan dialog dan rakan luar untuk merealisasikan Komuniti ASEAN yang adaptif, tangkas, proaktif dan responsif untuk meraih peluang.

Johari turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas sumbangan dan khidmat bakti sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, khususnya dalam usaha mengembalikan kedudukan institusi Parlimen sebagai badan bebas.

-BERNAMA-

Kemaskini terakhir pada: 20 Februari 2024 | Hits: 866

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 10/10/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my