YB Senator Dato' Kesavadas A. Achyuthan Nair angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
PARLIMEN MALAYSIA, 20 Mac - YB Senator Dato' Kesavadas A. Achyuthan Nair hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara serta YBrs Tuan Riduan bin Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.
YB Senator Dato' Kesavadas A. Achyuthan Nair dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sembilan. Tempoh lantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 20 Mac 2019 sehingga 19 Mac 2022.
Beliau merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sosial dan antara jawatan yang disandang oleh beliau adalah:
Ahli bersekutu seumur hidup Persatuan Bekas Polis Malaysia sejak tahun 2004.
Penasihat Undang-Undang untuk Pertubuhan Kerala Samajam Negeri Sembilan sejak tahun 2010.
Kemaskini terakhir pada: 20 September 2019 | Hits: 13583