MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA | 9 JANUARI 2025
control 1control 2control 3
Sekalung Tahniah Kepada Ahli Dewan Negara Baharu

Dua orang Ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Ahli Dewan Negara baharu yang dilantik adalah seperti berikut:

i) YB Senator Dato’ Shamsuddin bin Abd Ghaffar – Pilihan Dewan Negeri Perak, berkuat kuasa mulai 20 Disember 2024.

ii) YB Senator Datuk Rosni binti Sohar – Lantikan Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa mulai 9 Januari 2025.

Yang di-Pertua Dewan Negara mengalu-alukan pelantikan tersebut dan menekankan kepentingan semua Ahli Dewan Negara untuk aktif melaksanakan libat urus dengan pihak awam dan swasta, sama ada di dalam atau luar negara, bagi memperkukuh peranan Dewan Negara sebagai badan legislatif tertinggi Malaysia.

Semoga pelantikan ini membawa manfaat besar kepada negara dan rakyat.

Turut menyaksikan majlis angkat sumpah ini ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong, YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia

Kredit Foto: Hazirah

Kemaskini terakhir pada: 9 Januari 2025 | Hits: 1004

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 15/01/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.046 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my