MAJLIS ANGKAT SUMPAH YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KE-20
control 1control 2control 3
Sekalung tahniah diucapkan kepada seorang Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Ahli-ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah seperti berikut :

i) YB Senator Datuk Mutang Tagal, lantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 15 Februari 2024.

Seterusnya, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mengemukakan YB Senator Datuk Mutang Tagal sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-20 pada Mesyuarat Khas Penggal Kedua Majlis Parlimen Kelima Belas Dewan Negara hari ini.

Turut hadir menyaksikan upacara mengangkat sumpah ini ialah Ahli Dewan Negara, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

Seluruh warga Parlimen Malaysia mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan amanah.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
19 Februari 2024
 

Kemaskini terakhir pada: 20 Februari 2024 | Hits: 3026

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my