Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
PARLIMEN MALAYSIA – Telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadhan Al – Mubarak anjuran Biro Agama dan Kerohanian KESPA dengan kerjasama Biro Agama PUSPANITA Parlimen Malaysia pada hari Selasa (5 Jun 2018) bertempat di Dewan Banquet, Parlimen Malaysia.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Warga Parlimen dan para tetamu yang hadir turut berkesempatan menunaikan solat sunat Terawih yang diimamkan oleh Imam Ahmad Ghassab Jakmiri yang berasal dari Damsyik, Syria.
Turut hadir YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tuan Riduan bin Rahmat, Setiausha Dewan Negara, YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat serta YBhg. Datin Che Norshina binti Mohd Hashim, Pengerusi PUSPANITA Parlimen Malaysia.
Warga Parlimen dan para tetamu yang hadir turut berkesempatan menunaikan solat sunat Terawih yang diimamkan oleh Imam Ahmad Ghassab Jakmiri yang berasal dari Damsyik, Syria.
YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, sempat merakam gambar bersama Imam Ahmad Ghassab Jakmiri dan turut serta, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Tuan Riduan bin Rahmat, Setiausha Dewan Negara serta warga Parlimen.
Kemaskini terakhir pada: 29 Jun 2018 | Hits: 14750