MAJLIS ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KETIGA MAJLIS PARLIMEN KELIMA BELAS
control 1control 2control 3
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Majlis Parlimen Kelima belas di Parlimen Malaysia hari ini.

Lebih bermakna lagi ini merupakan Istiadat Pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari 2024.

Seri Paduka Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Majlis Parlimen Kelima belas hari ini bertitah, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara mesti menjalankan tugas dengan tegas, bagi memastikan semua Ahli Mesyuarat mematuhi peraturan sepanjang tempoh persidangan. Selain itu, Sultan Ibrahim mengingatkan semua Ahli Parlimen bekerjasama membangunkan Negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar satu dasar dirangka untuk mengukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sultan Ibrahim turut menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mengekalkan perpaduan, hidup bersatu padu dan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

Merujuk kepada takwim persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 19 hari tumpuan utama adalah perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Istiadat yang penuh bersejarah ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform rasmi youtube Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
26 Februari 2024

Kemaskini terakhir pada: 28 Februari 2024 | Hits: 671

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my