MAJLIS PAMERAN SENI SEMPENA ULANG TAHUN KE-55 HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA ROMANIA
control 1control 2control 3
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah merasmikan Majlis Pameran Seni Sempena Ulang Tahun Ke-55 Hubungan Diplomatik Malaysia Romania di Dewan Bankuet, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia semalam.

Majlis ini merupakan jalinan kerjasama antara Parlimen Malaysia dan Kedutaan Romania di Kuala Lumpur. Penganjuran pameran ini adalah untuk memperkenalkan sejarah kebudayaan kedua-dua negara melalui paparan hasil seni lukisan yang melibatkan artis-artis seni tempatan dan Romania yang dijemput khas.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh PYT Nineta Bărbulescu, Duta Besar Ramonia ke Malaysia dan seterusnya ucapan perasmian YB Tan Sri Dato’ (Dr) Johari Bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Majlis ini turut dihadiri oleh YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Bahagian ( Pengurusan), Parlimen Malaysia, wakil-wakil kedutaan dan tetamu-tetamu kehormat.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
25 Jun 2024

Kredit foto: Julie

Kemaskini terakhir pada: 26 Jun 2024 | Hits: 2591

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 28/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my