YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara, telah menghadiri Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, bersama Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.
Majlis yang dianjurkan oleh Badan Kehakiman Malaysia ini turut dihadiri delegasi dari Jabatan Peguam Negara (AGC) yang diketuai oleh Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar.
Kira-kira 200 individu hadir pada majlis tersebut, termasuk hakim-hakim, pegawai, dan pengamal undang-undang.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
kredit foto: Ahmad Afifi