MAJLIS PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MENDIANG YB SENATOR DATUK MUTANG TAGAL, YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA OLEH TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DI GEREJA BEM AIRPORT ROAD MIRI, SARAWAK
control 1control 2control 3
Saya bersama kepimpinan Parlimen Malaysia menghadiri Majlis Penghormatan Terakhir bagi Rakan Pimpinan, Mendiang Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara Yang ke-20.

Suasana hiba dan sedih menyelubungi perkarangan landasan Lapangan Terbang Miri sejurus ketibaan jenazah mendiang pada pagi ni. Majlis Penghormatan Terakhir ini diadakan di Gereja BEM Airport Road Miri. 

Pelbagai lapisan masyarakat dan keluarga termasuk kepimpinan - kepimpinan tertinggi Kerajaan Sarawak hadir pada majlis tersebut. Antara kepimpinan - kepimpinan Kerajaan Sarawak yang hadir termasuk YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak. Turut hadir rakan - rakan YB Senator Ahli - Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia. 

Salam Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga dan rakan taulan Mendiang YB Senator Datuk Mutang Tagal. 

Ikhlas Daripada, 
YB SENATOR DATUK NUR JAZLAN BIN TAN SRI MOHAMED
Timbalan Yang di - Pertua Dewan Negara
12 Mei 2024, Ahad | Miri, Sarawak

Kemaskini terakhir pada: 17 Mei 2024 | Hits: 3458

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my